tempatku meRayau...

Thursday, December 09, 2010

AiskRim Simple JeR!!

Bahan-bahan ( boleh menjamu seisi keluarga.. )

1 liter susu perisa strawberry/coklat (ikut suke) dutch lady sdp

  • 2 cawan coffemate
  • 1 @ 2 sudu gula (kalo x buh pun x pe.. sbb susu tu dh manis)

Cara-cara

  1. blendkan bahan2 tersebut sehingga berbuih (@ masukkan dlm mixer), masukkan dlm bekas.. pastu masuk dlm fridge.. setelah agak beku agak2 dlm 2-3 jam.. keluarkan semula & blend lagi skali.. then baru masukkan semula dan biarkan beku... pastu leh la makan.. he he
  2. try la uat mmg sng sngt...klw nk hias ltk coklat rice ke coklat chip ke ltk lps second round.Klw dh beku nk sdp ltk la coklat syrup skit..pergh mmg sedap..
                                                 SELAMAT MENCUBA...HEHEHEHE

Tuesday, December 07, 2010

Ciri-ciRi oRg Yg syg KAmu..

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Doa Jika Aku Jatuh Cinta

Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…

Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu…

Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…

Amin ya rabbal alamin…
p/s:semoga cintaku kpd muhamad faizal kekal utk selamanya..Amin.

Maal Hijrah

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingatipenghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit. 

HahaHA...DaH laMa x UpDate..

Kesibukan yg melanda diri ni menyebabkan blog ni ter dianak tirikan..
hak3.....:)
SEpanjang semester 3(Jun-nov 10) mmg najwa bz..
komitmen yg tinggi diperlukan dr diri ini..huhuhu
sem 3 pon dh tamat dh...hehehehehehe
bz ke najwa sem lps?
ke wat2 bz?
hak3....

Monday, August 16, 2010

RamaDan DTg LaGi...

Alhamdulillah...bersyukur sangat kerana diberi kesempatan utk menyambut kedataNgan rAmaDan Kali Ini..
RamaDan Kali ni MenYedarkan Diri Ini bahwa najwa bkn Lagi anak kecik kpd abaH n MamA..RamaDan perTama n saHur perTama NajwA BerjauhAn dr Famili.Jika Thn sblm Ini firt rAmadan nAjwa Blik Umah tp tdk utk Kali ini..Betapa saYu haTi biLa bErjaUhan..BerBuka PuasA di Blik eMi bersaMa ZatY..seDih sGt..SampAi  bIla Nak berDikAri Klw bKn dr SekaraNg,,,
KedAtngN rAmaDan Kali Ini jGa aMat DinAntikAn....
NajwA bLjr erTi kESAbaran n Tabah MngHadApi DugAaN....TeRnyatA Njw blH bErsBr..TiaDa Jln PiNtAs!!!RElax n cOoL ok!!!CHaiyok...<3
RamAdan Kali ini jG, njW pErtAMa kAli bErbukA dgN owg Yg nJw sYg iaItu FaiZal...ThAnx sBb SudI dTg..TeRhaRu dgn kesUdiAn DirInya dr KeMamaN k DunGun..DaH TU Mkn Plk NasI KukUs Yg peDas smPai BerGeNang AiR maTa...SaBaQ k...
Ya ALLaH SaTukn Hatiku dn Hatinya..amiN>>>
KpD mEreKa2 Yg seNtiaSa bErada d sEkeLiling...Najwa sYg Awk seMua....<3
MaMa,aBah,Adk ILa n Boy miss U all Very Much...Tunggu I bliK RayA..

BULaN RaMaDan


Peristiwa semasa Ramadan

Turunnya al-Qur'an

Para ulama bersetuju bahawa Al-Quran mula diturunkan pada bulan Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahlu sunnah wal jamaah menerima bahawa al-Qur'an diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan dan oleh itu 17 Ramadan diperingati sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul Quran) buat pertama kalinya (terdapat juga perbezaan pendapat mengenai perlu tidaknya peristiwa ini dirayakan ). Pada malam tersebut surah Al-‘Alaq ayat 1 hingga 5 diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w.sedang berada di Gua Hira. Peringatan peristiwa ini biasanya dilakukan dengan acara ceramah di masjid-masjid.


Lailatul Qadar

Lailatul Qadar (malam ketetapan), adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Malam ini dikatakan dalam al-Qur'an pada surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu bulan . Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walaubagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.

Lain-lain

Terdapat banyak peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini. Antaranya:
  • 10 Ramadan 8 H: Pembukaan Makkah (630 M)
  • 17 Ramadan 2 H: Perang Badar (624 M)

Tuesday, July 27, 2010

Oh...semester 3...

Ermm...x smpai sebulan masuk semester 3 byk keja bertimbun...mana stadi ag,kerja Ascaps,debat n silat...blh tahan penatnyer...Bila agaknyer najwa relax???ermm...
AGM ASCAPS:ermmm...first tyme jadi mc kat universiti..nervous gak..naseb bek abg ijat ada sbg partner...kira ok la kitaorg dua..sblm AGM byk problem yg berlaku...sabar je la...tapi kitaowg sume berjaya handle...and sume berjalan ngn lancar tyme AGM...
Sapa x kecewa bila ada owg gna nama kita sesuka aty mak bapak dy je...kita plak x taw apa2...mcm apa jer..dah la tyme tue x larat dpt taw plak owg gna nama kita,mmg kesian la sapa yg kna marah,..Raja sori..x psl2 awk jd mangsa sy..peace!!!
Cuti besday sultan terengganu...::Ermm...najwa,fida n d gang g kuantan..plan asal nk g Gambang,tapi tutup ari selasa..Apa yg best???Msty la bez sbb Faizal yg disyangi pon join gak..tgk wayang criter Mantra..Bez la..satu pujian utk filem melayu,,effect pon ok..x mengecewakan..Faizal sori la tyme g kuantan ari2 njw mcm bz skit..xsangka jd cm2..sori if u not having fun wit me on dat tyme.. dah la blik lmbt,faizal plak ada test silat..ermm...watever..njw suka ngn faizal..hik3...
Proposal oh proposal:: bila ingt blik mmg sakit aty n give up..tapi amik itu sbg satu cabaran,,,HEA..sabar je ngn karenahmu..duit pelajar so studnt ada hak nk gna wat program...patah aty ngn HEA..huhuhuhu..bangkit ngn azam bwu..HEP..xsangka kna mengadap en.taufik...xleh tahan bila dy pon ckp 'kita bkn bnd kebajikan' sabar n kecewa tyme tue..bkn skli HEA N HEP sma jer..ermmm..jgn putus asa...redo semula proposal HEP gna trick skit..hik3...dah antar..tunggu kelulusan jer...mudah-mudahan diluluskan budget yg dimntak..
kerja ASCAPS: tyne g kuantan ari2,mlm plak ada tayangn,,sddnly dok mkn mlm abg isa kol tnya kat mna,terkjot gak rupa2nyer ada prblem skit..sbar je la..tros kol emi swuh settle..naseb bek smpat smpai n p kat tyangn..Open Day pon sma gak..kelam kabut skit awalnyer,then ok after jam 10...thanx  a lot kpd yg involve..yg latest plak,susah giler nk cri owg join debat wakil DPA..penin taw x..bila korang ada mslh korang bek je ngn njw,pas2 btg hidung pon  xnmpk...rase mcm njw ni tmpt settle mslh..wat so good??huh...ni plak 30 x silap nk wat karnival Sukan.kna cari team pompuan utk bola tampaq...huh...last minit kot..dah la family day ag...BENGONG!!!BIul!!
Dinner:jadi AJK Persembahan..bergabung ngn Izzad ag skli...pertembungn dua idea antara islamic n moden...hak3..njw nk moden style..dy ke arah islamic skit..huhuhuhu...tema plak MASQUERADE... penin dok pikiaq nk bg persmbhn apa kat setiap part...huhuhu..any ideal???
p/s:ini blog saya..apa saja yg saya tulis ikut suka saya la..klw terase sori...ini hak sy!!!tq

Saturday, July 10, 2010

SEmeStER 3.....

Pejam celik.pejam celik x sangka dah di smester 3..Rase mcm bwu smlm menjalani Minggu mEsra Siswa d UiTM Dungun...kejap je masa berlalu...dari 7 skrng hnya tinggal 5..actually 6..tapi yg ag sorang dh makin jauh even dkt...zaty my bff hope zaty hepi kat sna...kitaowg slalu ingt kat zaty...and now juz me,emi,farith,amin n faizal..pia also..INGT X DULU2???dulu2 lupakan sahaja...dah hmpir setahun dah..
Aku pown dah ada yg laen...dy jgak bgitu...
Semester 3...Apa ada ngn semester 3???subjek makin susah...ada sbjek law ag...smga dpt menempuh cabaran2 yg  mendatang..
selain bz dgn bljr...najwa bz ngn bende len gak..dgn program anjuran Ascaps..yg kitaowg kna handle..dah la najwa wat program luar kampus..rase berat jer...wat jamuan buka puasa ngn anak2 ayatim darul falah n lawatan ke putrajaya n k.l...tue x trmasuk len program anjuran exco yg len ag...sume xtvt exco kna attend or bg kerjasama..latihan debat ag...adoi..pening....nnty test,kuiz,projek lwtn pad 214 ngn bdk2 kls ag..mmg masak la...
                 CHAIYOK NAJWA<>AWAK KAN KUAT!!!!HIK3
semester 3...nampaknyer perhubungan najwa n bdk2 kls makin unite,kamcing,sekepala..sume gila2..hak3..x mcm sem 1 dlu..masing2 ngn geng2 dorang..skrng dah xde dah...AMD3PD mmg GEMPAK..bdk2 group D cayalah!!!!!!!!!
semester 3;;;doakan najwa berjaya menjadi mc ngn abg ijat utk AGM ASCAPS...12 julai 2010..hope everything run smoothly...
semester 3;;;;Alhamdulillah relationship najwa ngn Faizal @ Paam still bertahan....gaduh x pyh kira la..mmg x terkira...ada saja yg x puas aty,,,Tapi gaduh kejap je,..then ok blik...gaduh la yg wat kita makin rapat..nak wat cmnner jarak jauh...redha je...doakn hubungn najwa n faizal kekal...amin...
semester 3:::harapan famili tergalas di bahu...sungguh berat...try de best for this semester..InsyaAllah nak dpt Dekan...kna fight...klw x dpt dkn pown maintain 3 pointer n above..cgpa kna jaga...hak3..
semester 3:najwa kna lebih matang...u not a child anymore...be matured...
semester 3....najwa and emi lbih rapat ngn izad...maybe sebab serasi wat keja bersama..najwa n izad jadi AJK Persembahan utk Dinner..berat gak tue...
Semester 3:::bdk2 DPA PART 3(batch najwa) kna handle dinner..smga bg kerjasama..tahniah wat Red n anak2 buahnyer..smga kita sume dpt handle dinner yg akan diknang smpai bila2...amin...
                                             Gambatte for SEmester 3!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
http://www.facebook.com/nurnajwaizzati

Tuesday, June 01, 2010

:::Ceritera Najwa:::!!!!: FSPPP

:::Ceritera Najwa:::!!!!: FSPPP

FSPPP

Mcm2 perkara berlaku dlm hidupku sepanjang setengah tahun ni...ada perkara yg menarik n ada gak yg x kurang menariknya..
Cuti semester dah bermula..pada 19-22 mei lps najwa join Konvensyen FSPPP SeMalaysia Kali Ke-2 di UiTM Melaka...najwa,abg acai,raja,sagu n abg pudin mewakili ASCAPS UiTM Dungun ke konvensyen..dan ditemani oleh miss ramha..FSPPP ialah Fakulti Sains Pentadbiran n Pengajian Polisi...sepanjang persidangan kitaowg kna bentang xtvt yg diadakan sepanjang 2009 n 2010..tiap2 mlm wat preparation utk sdang pleno..kitaowg berjaga sampai jam 2.30 pagi nak siapkan slide utk sidang pleno..dh la byk nyamuk n sejuk kat pondok yg kitaowg wat keja..at last siap gak..alhamdulillah..mula2 mcm boring je kat sna mmndangkan only me d girl in team terengganu..tp dgn adanya delegasi2 dr negeri2 len yg bek2 belaka..x borink dah...mcm2 perkara yg najwa pelajari spnjng konvensyen..my roomates sms konvensyen ialah kak wani n kak elma dr uitm kedah..dorang mmg happening..x sunyi duk dlm blik,,ada jer bnda..
Yg x disangka,aku n raja kna bentang cdngn xtvt bersama fsppp semalaysia dihadapan sume delegasi yg hadir..tmbhn plak ada bdk degree yg join skli tyme kitaowg kna bentang..sblm ni bdk diploma n degree diasingkan tyme sidang pleno,alih2 tyme njw plak digabungkan..berdebar kot!!huhuhuhu..Njw mencadangkan utk mengadakan pertandingan debat n pidato bm n bi piala dekan FSPPP.yg x disangka kitaowg punya cdngn diambik n kna jdi tuan rumah utk pertandingan debat n pidato..satu ag keja...ermm..
Hri last kitaowg dibawa utk jln2 sekitar bandaraya melaka..g muzium,menara taming sari n shopping..yg x bez hujan..ermm...nak wat cmner..sempat gak la shopping skit utk famili even selalu g melaka..Tema Konvensyen
kali ini ialah: Menjadikan FSPPP Ke Arah Glokal..next tuan rumah ialah Uitm Kedah yg akn diadakan thn dpn..Tahniah wat Uitm Kedah kerana menjadi tuan rumah seterusnya n tahniah juga wat delegasi dr UiTM Dungun,Terengganu kerana kita dah wat d bez..

Thursday, April 22, 2010

dah penghujing semester dah....

sedar x sedar dah penghujung semester rupanya...rase mcm bwu smlm jer masuk semester 2...sedar2 dah dkt penghujung...ishk3...cpt jew masa berlalu...semester 2 ni juga  najwa jarang blik umah juz tyme cuti mid sem ari2 jew...mcm x caye jew.hak3....maybe sbb bz ngn debat n ASCAPS tue yg jarang balik umah..tyme nak blik je ada la plak xtvt yg kna attend..huhuhuhu...
semester 2 ni juga x ada dugaan yg berat yg berlaku seperti semester lps..alhamdulillah...najwa juga bersyukur dgn kehadiran dia disisi mmbakar semangat...thanzx Paam...semoga kita kekal....amik cara baik,lps dgn cara baik jugak...(^_^)v
semester 2 jugak melihatkan persahabatn kmi 6 orang dlu 7 ada zaty tapi la (aku,emi,farith,amin,faizal n pia)  x rapat mcm last sem...kurang hang out sama2...klau kuar pown juz 5 owg,pia x join...mana janji2 kita sume????lupakah kalian pada janji persahabatn kita???adakah najwa yg salah??/apa silap kita sume??semoga semester hadapan mnjanjikan yg lbih baik buat kita sume...amin....
final stat 21 april sampai 9 mei...lps tue cuti semester...tp,najwa x blik sbb ada debat PDSZA kat sni then g Uitm ARau plak....dijangka 26 mei bwu blik umah...huhuhuhuhuhuhuhu.....
semoga najwa dpt pointer yg lbih baik dri semester lps..amin..
najwa juga doakan kwn2 najwa berjaya dlm final exam..gudluck..luv u all..muaxxxxx